Wednesday, June 2, 2010

al-kisah pencuri dan tuan rumah

suatu malam yang gelap( takkan malam terang bederang pulak) seorang pencuri nak pecah masuk sebuah rumah banglo.Selepas berhati-hati mengupil pintu dan masuk maka rambanglah mata si perompak melihat barang-barang yang serba mahal didalamnya.Tengah si perompak ni syok memunggah barang tiba-tiba terdengar bunyi orang tengah buka pintu pagar.Cuak dengan keadaan tersebut si pencuri menyoroklah kat dapur.Nak jadi cerita si tauke cina (tuan rumah) dengan penatnya terus naik tangga tanpa tutup pintu atau tinjau keadaan dalam rumahnya (penat sangat kot).Si pencuri pon gembira kerana kecuaian tauke tersebut sehingga tanpa disedari telah terlanggar kaca.Bunyi kaca pecah itu mengejutkan tauke tersebut.
'aiyaaaa, sapa mau bikin kacau sama saya tengah malam ini maa'
kata tauke sambil turun tangga.
Pencuri mula cuak.Dengan pantas pencuri itu menyalak
'woff woff,gong gong,ralf ralf'(kerana cuak semua jenis bunyi anjing dia bunyikan)
'aiyaa, wa ingat wa bela kucing ,mana ada wa bela anjing woo'
si tauke bersiap sedia dengan penyapu.
si pencuri pon tukar bunyi kucing mengiau pulak.
'MEOUW' (bunyi keras)
'aik,wa ingat wa punya kucing itu betina,bila masa pulak kucing gua tukar itu punya jantina?'
si tauke semakin menghampiri dapur.
si pencuri itu pon melembutkan suara.
'miaw'(bunyi lembut)
si tauke pon berhenti.
'aiyakkk.baru wa ingat,wa punya kucing sudah lama mati ooo.ini bunyi hantu kucing maa'.si tauke pon terus berlari ke bilik.konpius dengan keadaan tersebut si pencuri pon keluar dari rumah itu tanpa apa-apa habuan.

THE END

No comments:

Post a Comment